Mahkamah Zionis dakwa kanak-kanak Palestin cuba membunuh

AL-QUDS, 4 Jan 2016 (Maan) — Pertubuhan hak asasi Addameer melaporkan bahawa pendakwaraya Zionis semalam mendakwa dua orang kanak-kanak Palestin Shadi Farrah dan Ahmad Zatari, kedua-duanya berumur 12 tahun, atas tuduhan membawa pisau dan cuba membunuh.

Hakim Mahkamah Pusat al-Quds memutuskan untuk menghantar Shadi Farrah ke sebuah pusat pemulihan akhlak di al-Quds Timur, manakala Ahmad Zatari dihantar ke sebuah pusat di Tamara, di dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah. Keluarga setiap kanak-kanak tersebut diarah membayar ikat jamin sebanyak 5,000 shekel (RM5,500) dan menandatangani jaminan bernilai 10,000 shekel.

Mereka ditahan Rabu lalu dan disoal siasat tanpa ditemani oleh ahli keluarga mahupun peguam, yang bukan sahaja merupakan satu perlanggaran asas terhadap undang-undang antarabangsa, bahkan juga undang-undang Zionis sendiri.

Sehingga akhir November lalu, seramai 407 kanak-kanak Palestin berada dalam tahanan Zionis. Ia merupakan peningkatan mendadak dari hanya 171 orang pada akhir bulan September.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts