Mahkamah Zionis halalkan 2,000 rumah tanpa permit untuk pendatang Yahudi

RAMALLAH, 30 Jun 2019 — Mahkamah Daerah Zionis di kota Baitulmaqdis hari ini memberi kelulusan ke atas 2,000 rumah untuk pendatang Yahudi yang dibina tanpa permit di atas tanah milik persendirian penduduk Palestin di Tebing Berat.

Rumah-rumah tersebut dibina di kawasan penempatan haram Alei Zahav.

Keputusan mahkamah tersebut menyebut bahawa pembinaan [penempatan secara haram] di atas tanah persendirian penduduk Palestin boleh dibenarkan secara retroaktif sekiranya tanah terbabit “disalah anggap” sebagai harta negara [Zionis].

Konsep perundangan yang sama akan diguna-pakai dalam satu lagi kes melibatkan pos penempatan haram Mitzpeh Kramim.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts