Mahkamah Zionis lanjut tempoh tahanan jurnalis wanita Palestin

AL-QUDS, 21 Apr 2016 (PIC) — Mahkamah Pusat Zionis di al-Quds melanjutkan tempoh tahanan ke atas jurnalis Samah Dweik, 25, sementara menunggu keputusan muktamad dibuat.

Peguam Ramzi Kteilat memaklumkan bahawa Mahkamah Majistret Zionis memutuskan untuk membebaskan Samah dengan beberapa syarat, tetapi pihak pendakwa membantah dan menuntut keputusan tersebut digantung.

Mahkamah meluluskan bantahan tersebut dan kemudian memutuskan supaya Samah ditahan sehingga perbicaraan berakhir.

Samah didakwa menghasut keganasan melalui kenyataan beliau di laman Facebook. Beliau ditahan 10 April lalu selepas pihak tentera memecah masuk rumah keluarganya di Ras al-Amoud dan kemudiannya ditahan di penjara Ramla.

Terkini 22 Apr: Samah kini dipindahkan ke penjara HaSharon.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts