RAMALLAH, 13 Feb 2018 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer pagi tadi melanjutkan tahanan ke atas remaja Ahed Tamimi dan ibunya Nariman sehingga 11 Mac akan datang.

Ahed merupakan salah seorang daripada 30 remaja perempuan Palestin yang dihadapkan ke mahkamah Ofer. Beliau berhadapan dengan 12 tuduhan menyerang dan menghasut. Ahed ditangkap pada 2 Disember 2017 dari rumahnya di Nabi Saleh di utara Ramallah.

Hakim memutuskan untuk membicara Ahed secara tertutup, menghalau semua jurnalis keluar dari kamar perbicaraan tanpa memberi alasan.

(PIC, IMEMC, PNN)

SHARE