Mahkamah Zionis lanjutkan tempoh sekatan ke atas Sheikh Raed Salah

BAITULMAQDIS, 7 Ogos 2019 — Mahkamah Tinggi Zionis semalam menerima dan meluluskan permohonan pihak pendakwaraya bagi melanjutkan tempoh sekatan ke atas Sheikh Raed Salah, di mana pergerakan beliau dipantau sepenuhnya.

Susulan keputusan tersebut, Sheikh Raed terpaksa memakai peranti elektronik yang lengkap dengan penjejak lokasi (GPS) dan dapat mencuri dengar selama tiga bulan lagi.

Beliau dikenakan tahanan dalam rumah dan kawalan elektronik sejak 6 Julai 2018, selepas dipenjara dalam kurungan berseorangan selama 11 bulan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts