Mahkamah Zionis: PA bertanggungjawab ke atas Intifadah Kedua

RAMALLAH, 8 Jul 2019 — Pihak Berkuasa Palestin (PA) mungkin terpaksa membayar pampasan sehingga satu bilion Shekel (RM1.2 bilion) selepas Mahkamah Daerah Zionis di Baitulmaqdis memutuskan bahawa PA bertanggungjawab ke atas serangan-serangan sepanjang lima tahun kempen Intifadah Kedua dari tahun 2000 hingga 2005.

Keputusan mahkamah menuduh bahawa PA memberi dokongan kewangan dan praktikal dalam serangan-serangan tersebut, sementara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) memberi “sogokan ideologi”. Mahkamah juga merujuk kepada polisi PA membayar wang ihsan kepada keluarga tahanan Palestin serta mengagungkan mereka yang dibunuh oleh tentera Zionis dengan menukar nama jalan dan kawasan tertentu bersempena nama mereka.

Mahkamah tidak memutuskan jumlah pampasan yang harus dibayar oleh PA, namun ia boleh mencecah sehingga satu bilion Shekel.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts