BAITULMAQDIS, 29 Apr 2018 — Mahkamah Agung Zionis memerintah masyarakat Badwi di Khan al-Ahmar di timur Baitulmaqdis supaya mengosongkan rumah-rumah mereka dalam tempoh beberapa hari lagi, sementara menunggu keputusan penempatan baharu mereka.

Semua penduduk akan dipindahkan ke kawasan Tanah Tinggi Bawabat al-Shams.

Namun dalam perbicaraan yang dihadiri oleh wakil-wakil negara Eropah itu, pihak mahkamah menangguhkan keputusan sehingga hari Khamis, berikutan cadangan menyediakan tempat kediaman alternatif kepada mangsa. Sekiranya cadangan tersebut ditolak oleh rejim Zionis, masyarakat Badwi itu akan menjadi penduduk tidak mempunyai tempat berteduh.

Kira-kira 100 orang Badwi tinggal di Khan al-Ahmar, yang terletak di antara kawasan penempatan haram mega Ma’ale Adumim dan Kfar Adumim.

Pihak berkuasa Zionis telah mengeluarkan arahan perobohan serta menghentikan semua pembinaan bangunan di Khan al-Ahmar, termasuk sebuah bangunan sekolah rendah yang dibina dengan tayar dan tanah.

(PIC)

SHARE