Mahkamah Zionis putuskan kanak-kanak Palestin tidak bersalah atas tuduhan membaling batu

RAMALLAH, 23 Jun 2016 (Maan) — Mahkamah tentera Zionis di penjara Ofer mendapati kanak-kanak Palestin dari Ramallah, Abdullah Muhammad Fayiz Qassem, 15, tidak bersalah atas tuduhan membaling batu pada 12 Mei lalu.

Tentera penjajah menuduh Abdullah membaling batu ketika dalam perjalan pulang dari sekolah.

Pembebasan Abdullah bagaimanapun digantung selama 72 jam bagi membenarkan pihak pendakwaraya membuat rayuan.

93% kanak-kanak yang didakwa membaling batu dikenakan hukuman penjara, dengan tempoh selama beberapa hari sehinggalah 20 tahun.

Julai lalu, parlimen Zionis meluluskan undang-undang membenarkan hukuman penjara sehingga 20 tahun ke atas mereka yang disabitkan bersalah membaling batu.

Mereka yang boleh dibukitkan membuat rancangan membaling batu juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Namun undang-undang tersebut membenarkan seseorang dipenjara sehingga 10 tahun sekirnya tuduhan membuat rancangan untuk membaling batu tidak dapat dibuktikan.

Pada bulan November berikutnya, satu lagi undang-undang diluluskan bagi mengenakan hukuman penjara minima tiga tahun ke atas penduduk Palestin yang membaling batu ke arah Yahudi. Keluarga tertuduh juga boleh dikenakan hukuman.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts