Mahkamah Zionis putuskan supaya 100 rumah di tenggara Baitulmaqdis diroboh

BAITULMAQDIS, 19 Jun 2019 — Mahkamah Tinggi Zionis hari ini membenarkan 13 bangunan apartmen yang mengadungi 100 unit rumah yang terletak di bandar Sur Baher di tenggara Baitulmaqdis, iaitu kawasan yang berada di bawah kawalan Pihak Berkuasa Palestin (PA), dirobohkan.

Keputusan tersebut sekaligus menjadi teladan perundangan bagi rejim Zionis meroboh ribuan bangunan lain dalam wilayah Tebing Barat.

Kejiranan Wadi Hummus terletak di pinggir Sur Baher, di luar kawasan bidang kuasa pihak perbandaran Zionis. Namun selepas penduduk mengusulkan satu petisyen bagi membantah pembinaan Tembok Pemisah pada tahun 2003, lokasi pembinaan tembok tersebut dipindahkan supaya tidak memintas kawasan pusat bandar Sur Baher. Dengan itu, Wadi Humus akhirnya termasuk dalam wilayah yang dijajah rejim Zionis walaupun ia kekal sebagai sebahagian daripada wilayah Tebing Barat dan berada di bawah bidang kuasa PA.

Wadi Humus adalah satu-satunya kawasan yang masih mempunyai tanah untuk pembinaan di Sur Baher, yang kini dikelilingi oleh pagar dan penempatan haram Yahudi. Permit pembinaan di situ dikeluarkan oleh PA. Bagaimanapun tentera Zionis mengeluarkan arahan mengharamkan pembinaan dalan kawasan 250 meter dari Tembok Pemisah sejak tujuh tahun lalu.

Dua tahun lalu, tentera Zionis mengarahkan 13 bangunan yang baharu dibina di Wadi Humus dirobohkan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts