Mahkamah Zionis tangguh arahan pendatang Yahudi tinggalkan rumah Abu Rajab

AL-KHALIL, 4 Sep 2017 — Selepas sebuah mahkamah Zionis mengarahkan supaya gerombolan pendatang Yahudi keluar dari rumah keluarga Abu Rajab, Mahkamah Agung Zionis pula mengeluar arahan baharu supaya arahan tersebut ditangguhkan sehingga 10 September.

Sebanyak 15 keluarga pendatang Yahudi menduduki bangunan rumah tiga tingkat milik Abu Rajab yang terletak berdekatan Masjid Ibrahimi bulan Julai lalu. Berikutan petisyen oleh keluarga Abu Rajab pada 27 Ogos lalu, mahkamah Zionis mengarahkan kumpulan pendatang terbabit keluar dalam tempoh seminggu.

Seminggu kemudian pada 3 September, pendatang Yahudi pula menyerah petisyen supaya menangguhkan arahan meninggalkan bangunan sehingga 10 September, iaitu tarikh akhir pihak mahkamah menjawab petisyen mereka.

(Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts