Mahkamah Zionis tangguh lagi perbicaraan Ahed Tamimi

RAMALLAH, 30 Jan 2018 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer sekali lagi menangguhkan perbicaraan ke atas Ahed Tamimi, 17, dan ibunya Nariman sehigga 6 Fabruari.

Mahkamah membuat keputusan tersebut tanpa kehadiran pihak tertuduh.

Ahed ditangkap dari rumahnya di perkampungan Nabi Saleh di barat laut Ramallah pada 19 Disember lalu. Tentera Zionis kemudian menangkap ibunya bersama sepupunya Nour Tamimi, 21.

Dalam perbicaraan terdahulu, pendakwaraya membuat 12 tuduhan ke atas Ahed. Antaranya, beliau dituduh mengugut dan menyerang tentera, menghalang tentera menjalankan tugas, membaling batu, dan juga menghasut.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts