Mahmoud Abbas dimasukkan ke hospital

RAMALLAH, 20 Mei 2018 — Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas, hari ini dimasukkan ke Hospital al-Istisahri di Ramallah akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan kecil minggu lalu.

Ini merupakan kali ketiga Abbas, 82, dimasukkan ke hospital dalam tempoh seminggu. Beliau menjalani pembedahan kecil di bahagian telinga pada hari Selasa lalu, dan dimasukkan semula ke hospital pada hari Sabtu untuk pemeriksaan susulan, sebelum dimasukkan semula pada hari ini akibat suhu badan yang terlalu tinggi.

Februari lalu, beliau dimasukkan ke sebuah hospital di Amerika ketika mengadakan kunjungan ke New York untuk menyampaikan syarahan di Majlis Keselamatan PBB.

Abbas menjadi presiden PA pada tahun 2004 selepas Yasser Arafat meninggal dunia.

(MEMO, MEE)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts