Majlis penyampaian sumbangan kepada wakil Kerajaan Palestin Gaza

KUALA LUMPUR, Khamis 12 Februari (HP) – Sekretariat HALUAN Palestin telah menyampaikan sumbangan hasil kutipan orang ramai kepada wakil Kerajaan Palestin Gaza, Dr Sami Abu Zuhri. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Sumbangan sebanyak RM100,000 telah disampaikan kepada Dr Sami oleh Penasihat Sekretariat HALUAN Palestin yang juga merupakan Timbalan Presiden HALUAN, Ustaz Mohd Darus Senawi. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengerusi Sekretariat HALUAN Palestin, Haji Noorazman Mohd Samsuddin dan beberapa orang lagi aktivis HALUAN.

[nggallery id=14]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts