Majlis Tertinggi Islam: Masjid al-Aqsa masih terancam

AL-QUDS, 20 Ogos 2017 — Menjelang ulangtahun ke-48 peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa, Majlis Tertinggi Islam di kota al-Quds menyebut bahawa tapak suci umat Islam itu masih berhadapan dengan ancaman yang sama, tetapi dalam berbagai bentuk.

Mereka menegaskan bahawa al-Aqsa adalak milik umat Islam, serta menyanjung resolusi UNESCO yang menetapkan bahawa kaum Yahudi tidak ada sebarang kaitan dengan masjid itu dan kota al-Quds adalah sebuah kota yang terjajah. Justeru, semua sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis adalah tidak sah dan mencabuli undang-undang.

Di samping menyebut bahawa pencerobohan berterusan oleh pendatang Yahudi tetap tidak akan memberi sebarang hak bagi mereka ke atas tapak suci itu, Majlis Tertinggi Islam turut mengecam kerja-kerja penggalian yang dilakukan dileh Jabatan Antikuiti Zionis di bawah tapak suci itu serta kawasan sekitarnya.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts