Majlis Wakaf: Bab al-Rahma akan terus dibuka, mula kerja pemulihan

BAITULMAQDIS, 6 Mac 2019 — Majlis Wakaf Islam di Baitulmaqdis semalam mengesahkan bahawa dewan solat di Bab al-Rahma akan terus dibuka, dan kerja-kerja pemulihan bangunan akan dimulakan dua hari lagi.

Majlis Wakaf mengumumkan rancangan tersebut sebagai jawapan kepada mahkamah majistret Zionis yang mendesak mereka menutupnya semula dalam tempoh satu minggu.

Menyentuh perkara tersebut, Ahli Majlis Wakaf Hatem Abdul-Qader mendedahkan bahawa pihak majlis telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan desakan Zionis semalam. Majlis mengulangi pendirian tidak mengiktiraf keputusan mahkamah Zionis dan kuasa polis Zionis untuk mengawal Masjid al-Aqsa. Mereka turut bertegas menolak rancangan Zionis untuk menutup dewan solat Bab al-Rahma.

Majlis Wakaf berhubung dengan pihak berkuasa Jordan bagi memberi tekanan kepada rejim Zionis supaya tidak mengganggu Masjid al-Aqsa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts