Mantan PM Israel Hadapi Skandal Rasuah dan Penyalahgunaan Wang

ehudEhud Olmert, mantan Perdana Menteri Yahudi Israel sehingga Mac 2009, telah didakwa pada Ahad lepas berkenaan tuduhan rasuah, pecah amanah, penipuan, pengelakan cukai pendapatan, menerima rasuah dan sejumlah caj-caj lain.

Olmert yang bertanggungjawab terhadap deretan serangan kejam oleh tentera Israel ketika dia menjadi Perdana Menteri sehingga Januari 2009 dan menyebabkan pencerobohan tentera Yahudi ke Semenanjung Gaza yang telah menyebabkan 1400 rakyat Palestin mati. Olmert masih belum di dakwa atau disiasat kerana serangan-serangan ini, sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu sedang dimalukan dengan satu skandal rasuah besar yang dikatakan memboroskan kewangan di semua peringkat kerajaan di sepanjang beliau  memegang pucuk pimpinan.

Olmert bakal bergelumang dengan seribu satu tuduhan penyelahgunaan kuasa, sumber kewangan, menyembunyikan fakta dan dokumen, membohongi wang caruman, mengubah kos-kos perjalanan, menggunakan wang sumbangan kempen untuk membayar hutang kepada pihak tertentu yang menyokong politik beliau. Wakil jurucakap Olmert menyatakan kepada wartawan Israel pada Ahad lepas bahawa Olmert akan meyakinkan mahkamah bahawa dia tidak bersalah atas segala tuduhan tersebut. imemc

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts