Maradona: Saya berjiwa Palestin!

MOSCOW, 16 Julai 2018 — Bekas bintang bolasepak Argentina, Diego Maradona, dalam pertemuan dengan Presiden Mahmoud Abbas di Rusia semalam menyatakan simpati dan sokongan ke atas perjuangan penduduk Palestin.

Dalam siaran video melalui laman Instagram beliau, beliau menyatakan “Saya berjiwa Palestin.”

Presiden Abbas menghargai pendirian Maradona dan menghadiahkan beliau minyak zaitun Palestin serta sebuah lukisan merpati putih membawa ranting zaitun.

Ketika menjadi jurulatih pasukan kebangsaan United Arab Emirates enam tahun lalu, Maradona mendakwa dirinya sebagai “penyokong nombor satu Palestin”. Setahun sebelumnya, beliau memakai kafiyeh dan melaung “Hidup Palestin!”.

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts