Masjid Agung al-Umari di Baitulmaqdis – masjid tanpa solat

BAITULMAQDIS, 7 Julai 2018 — Rejim Zionis bukan sahaja merampas dan membunuh jiwa rakyat Palestin, bahkan membunuh roh tempat-tempah ibadah khususnya masjid-masjid di Kota Lama Baitulmaqdis.

Tindakan tersebut bertujuan menghancurkan kekuatan yang bersumber dari Allah, serta melakukan Yahudisasi ke atas kota suci itu.

Terdapat 43 buah masjid di Kota Lama Baitulmaqdis. Rejim Zionis mengambil berbagai langkah memerangi masjid-masjid tersebut termasuk masjid yang paling menonjol iaitu Masjid Agung al-Umari, yang kini ditutup kepada para jemaah.

Masjid tersebut terletak di “Lorong Yahudi”, di sebelah selatan Lorong asy-Syaraf yang menuju ke lorong al-Magharebah dari sebelah barat. Ia dikelilingi oleh dua buah sinagog Yahudi, iaitu sinagog Yahudi Ashkenazim yang dibina pada abad ke-19 di sebelah utaranya, dan sinagog al-Kharab yang dibuka pada 16 April 2010 dari jarak 50 meter di sebelah timurnya.

Di sebelah baratnya pula terdapat dua buah bangunan agama Yahudi dan sebuah balai polis Zionis.

Masjid al-Umari dibina di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang Muslim sebelum pertengahan abad ke-15. Bagaimanapun tanah tersebut dikelilingi oleh hartanah yang dirampas oleh rejim Zionis pada tahun 1967, menjadikannya satu lokasi yang sangat sensitif.

Sejak tahun 1972, rejim Zionis hanya membenarkan solat Zuhur dan Asar didirikan di situ, tanpa azan. Namun kini, lazimnya masjid ini ditutup dan jemaah tidak dibenarkan masuk mendidirkan solat.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts