BAITULMAQDIS, 19 Dis 2018 — Gerombolan 94 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba, yang dikawal penuh oleh polis Zionis sejak 1967, pagi tadi.

Pasukan polis Zionis mengiringi 54 pendatang dan 40 pelajar agama Yahudi menceroboh masuk dalam sesi pagi, sementara gerombolan lain menunggu giliran selepas para jemaah selesai menunaikan solat Zuhur.

Mereka diiring berarak di perkarangan tapak suci sebelum berundur melalui Pintu al-Silsila.

(Sumber: PIC)

SHARE