Mavi Marmara: Kekejaman Israel Akan Terus Di”Halal”kan Oleh Amerika

Keputusan kajian serangan tentera Israel terhadap kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 32 Mei lalu telah pun kita ketahui. Seperti yang telah diduga, Israel tidak dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku. Menurut seorang pegawai tinggi U.S Isnin lalu, Turkel Commission yang menjalankan siasatan undang-undang terhadap sekatan ke atas Gaza dan serangan berdarah ke atas flotilla bantuan pada Mei 2010 yang lalu telah menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama. (Turkel Commission adalah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan Israel untuk menyiasat kes berkenaan). Demikianlah kenyataan kuncu-kuncu mereka, skrip laporan tersebut sebenarnya telah dapat kita jangkakan.

Dalam bahagian pertama laporan panel tersebut yang dikeluarkan Ahad lalu, tentera Israel yang terlibat dalam menyebabkan kematian 9 rakyat Turki dikatakan bertindak demikian atas kapasiti ‘mempertahankan diri’. Laporan itu juga menyatakan bahawa sekatan ke atas Gaza yang telah berlaku selama 3 setengah tahun tidak melanggar undang-undang antarabangsa.

Hanya Turki yang bebar-benar serius memberi respon terhadap laporan berat sebelah tersebut. Sebagai tindak balas, PM Turki Recep Tayyip Erdogan menyelar laporan tersebut sebagai “tidak bernilai dan tiada kredibiliti”, sementara Kementerian Luar Turki mencemuh laporan suruhanjaya tersebut. negara-negara Islam yang lain, masih berdiam diri.

Laporan tersebut telah menerima sokongan kuat dari sekutu Israel, Amerika syarikat. Jurucakap U.S, Philip J. Crowley telah memberi respons dengan menyatakan bahawa Washington “sentiasa menyokong usaha Israel, dan berasa laporan tersebut adalah bebas, diyakini, saksama dan siasatan yang telus telah dijalankan.”

Crowley menambah, laporan Israel berkenaan telah menyumbang kepada “proses yang lebih meluas dan disampaikan kepada Setiausaha Kerajaan”, serta mengatakan “ada banyak tugas perlu dilakukan kepada laporan Israel dan panel Setiausaha Kerajaan.”

Sebelum itu, Turki telah mengeluarkan laporannya sendiri berkenaan rampasan kapal bantuan Mari Marmara dari Turki ke Gaza, menyatakan bahawa 2 aktivis yang terbunuh di atas kapal Mavi Marmara itu telah ditembak dari helikopter tentera.

“Tentera Israel melepaskan tembakan dari helikopter ke atas kapal Mavi Marmara menggunakan peluru hidup dan membunuh 2 penumpang sebelum tentera Israel mendarat di atas dek,” dinyatakan dalam laporan yang diterbitkan oleh agensi berita Anatolian.

“Semasa serangan, kekerasan yang berlebihan, zalim dan melampau telah digunakan oleh tentera Israel terhadap orang awam.”

Pada bulan September, 3 orang penyiasat dari Suruhanjaya Hak Asasi PBB mengisytiharkan bahawa serangan terhadap Mavi Marmara sebagai menyalahi undang-undang, dan berupa sebuah pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Israel telah memboikot panel itu dan mengatakan ia berat sebelah tetapi memberikan kerjasama terhadap siasatan berasingan yang diketuai oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon yang sedang dijalankan.

Ternyata Israel, Amerika dan sekutu mereka tidak akan pernah dipersalahkan atas segala kerja jahat yang mereka lalukan, namun negara Islam masih kaku dan seperti hilang kedaulatan untuk mengasak Israel dan Amerika.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts