Mendambakan sejarah 833 tahun lalu berulang

2 Oktober 1187 di Kota Baitul Maqdis. 833 tahun yang lalu, Salahuddin membebaskan kembali Kota Baitul Maqdis serta kota-kota yang dikuasai oleh tentera Salib. Kota suci itu berada di bawah penjajahan tentera Salib selama hampir 88 tahun.

Disegani kawan dan lawan, kemenangan tentera pimpinan Salahudin adalah contoh yang luar biasa bagi seluruh umat manusia.

Ketika tentera Salib merebut kota itu pada tahun 1099, mereka membunuh lebih daripada 10,000 orang Islam. Pembunuhan itu sangat dahsyat sehingga lelaki tentera salib berlumuran darah hingga ke pergelangan kaki mereka.” – Gesta Francorum

Namun, 88 tahun kemudian Salahuddin menolak untuk membalas dendam atau mengulangi kekejaman ini. Ketika dia membebaskan kota suci itu, Salahuddin melarang tenteranya mencederakan atau menzalimi mana-mana orang Kristian.

Dia menjaga gereja-gereja mereka dan bahkan mengizinkan mereka kembali untuk berziarah.

“Kita mesti menerapkan apa yang telah kita janjikan, sehingga tidak ada yang dapat menuduh orang-orang beriman melanggar perjanjian mereka. Orang-orang Kristian di mana-mana akan mengingati kebaikan yang telah kita berikan kepada mereka.” – Salahuddin al-Ayyubi

Ayuh kita hayati peribadi agung Salahudin, selami sejarah dan strategi baginda agar Baitul Maqdis kembali bebas menyinari keberkatan ke seluruh alam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts