Menjelang Ramadhan, pemerintah Gaza derma gaji untuk rakyat

Menjelang tibanya bulan Ramadhan yang mulia, para menteri dan ahli parlimen dari Gaza berlumba-lumba mendermakan sepenuhnya gaji mereka bagi bulan Julai baru lalu kepada fakir miskin di Gaza.

Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haneyya menyatakan bahawa perkara itu telah diputuskan dalam satu pertemuan dengan semua menteri kabinet dan ahli parlimen di Gaza pada hari Khamis lalu. Dianggarkan sejumlah satu juta dollar Amerika akan dapat dikumpul.

“Keputusan itu diambil berdasarkan keprihatinan pemerintah atas keadaan yang dialami rakyat yang sangat memerlukan bantuan akibat sekatan terhadap Gaza,” jelas Ustaz Ismail Haneyya.

Ustaz Ismail Haneyya juga menegaskan bahawa pemerintah Palestin tidak akan berhenti dari berusaha memenuhi keperluan asas rakyatnya, dan sentasa membawa rakyat menuju ke arah yang lebih baik walaupun masih dilanda berbagai konpirasi dan sekatan ekonomi.

Di samping berusaha memenuhi keperluan rakyatnya, pemerintah Palestin juga perlu membayar gaji kepada 30 ribu orang pegawai. Pemerintahan Ustaz Ismail Haneyya telah menjelaskan gaji untuk para pekerja sejumlah USD 23juta dalam tempoh dua tahun terakhir ini. (mn/Dakwatuna)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts