Mentaliti Zionis Tidak Pernah Kenal Erti Keamanan

GAZA, Selasa, 19 Oktober РPemimpin Hamas Ismail Radwan berkata bahawa tuduhan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa Gaza telah memperoleh peluru berpandu anti-pesawat, yang dapat menghalang penerbangan angkatan udaranya,  adalah merupakan petanda bahawa mereka mahu melancarkan perang baru di Gaza. Radwan berkata kepada PIC pada lewat petang Isnin (19/10) bahawa kenyataan Netanyahu mencerminkan mentaliti Zionis yang memihak kepada kekerasan, pembunuhan, dan keganasan dan tidak boleh membiarkan keamanan berlaku di persempadanan Gaza.

“Biarkan penjajah haram itu tahu bahawa sasaran mereka terhadap Gaza tidak akan semudah itu membuka jalan untuk mereka (tentera Israel) memasuki Gaza. Dan sesungguhnya rakyat Palestin mempunyai hak penuh untuk membela diri mereka”, tegas Ismail.

Dalam kenyataan sebelum ini, Yoav Galant, komander wilayah selatan tentera Israel mengatakan bahawa perang terakhir mereka di Gaza yang digelar operasi “Cast Lead” ¬†telah gagal dalam mencapai tujuan, kerana tidak menyelesaikan masalah keselamatan di kawasan-kawasan tersebut setelah Hamas mengambil alih kawalan Jalur Gaza. (pic)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts