PYONGYANG, 11 Jun 2018 — Menteri Luar Korea Utara Ri Yong-Ho hari ini menyelar Benjamin Netanyahu sebagai seorang “Zionis Hapak”, sehari sebelum perjumpaan bersejarah pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden Amerika Donald Trump di Singapura.

Beliau mengkritik kenyataan Netanyahu yang menawarkan penyelesaian krisis bekalan air kepada penduduk Iran menggunakan teknologi dan strategi pemuliharaan air Israel.

Ri Yong-Ho menulis di laman Twitter beliau, “Zionis Hapak Netanyahu menawarkan air kepada Iran; dia adalah penjenayah/pembohong, tidak akan penuhinya. Dalam pada itu, dia tidak peduli untuk beri air kepada Gaza; sebaliknya dia bunuh mereka.”

Buat pertama kali dalam sejarah, pemimpin Amerika dan Korea Utara mengadakan perjumpaan secara terus di Pulau Sentosa, Singapura, pada hari Selasa.

(IMEMC)

SHARE