BAITULMAQDIS, 10 Feb 2019 — Puluhan menteri dan pemimpin kanan parti-parti pelampau Yahudi menyokong desakan supaya dua juga pendatang Yahudi ditempatkan di seluruh wilayah Tebing Barat.

Speaker parlimen Zionis, Yuli Edelstein, dan menteri-menteri dari Parti Likud termasuk Menteri Keselamatan Awam Gilad Erdan, Menteri Kebudayaan Miri Regev, Menteri Pengangkutan Yisrael Katz, Menteri Pelancongan Yariv Levin, Menteri Alam Sekitar dan Hal Ehwal Jerusalem Zeev Elkin, Menteri Kerjasama Wilayah Tzachi Hanegbi, Menteri Perhubungan Ayoub Kara, Menteri Imigrasi Yoav Gallant, Menteri Keadilan Sosial Gila Gamliel dan Menteri Sains dan Teknologi Ofir Akunis, menandatangi satu petisyen bagi membatalkan rancangan penyelesaian dua-negara dan sebaliknya membina penempatan-penempatan haram baharu di seluruh Tebing Barat.

Wakil Parti HaYamin HaHadash, Menteri Perundangan Ayelet Shaked dan Menteri Pendidikan Naftali Bennett turut menandatanaginya.

Petisyen yang diusulkan oleh pergerakan pendatang Yahudi, Nahala, itu bertujuan menggalakkan rancangan penempatan Yahudi yang telah diperkenalkan oleh Yitzhak Shamir pada awal 1990-an. Objektif mereka adalah untuk menempatkan dua juta pendatang Yahudi di Tebing barat.

(IMEMC)

SHARE