Menteri Pendidikan Zionis desak supaya mahkamah beri keampunan kepada Elor Azaria

AL-QUDS, 9 Okt 2016 (MEE) — Menteri Pendidikan Zionis Naftali Bennett mendesak supaya Elor Azaria, seorang askar Zionis yang berasal dari Perancis, diberi keampunan sekiranya didapati bersalah membunuh secara sengaja seorang penduduk Palestin yang sedang terbaring cedera di atas jalan.

Sungguhpun kes Elor masih dalam proses pembicaraan di sebuah makkamah tentera, Bennett membuat kenyataan mendesak supaya beliau tidak dipenjara walaupun sehari, dan beliau diberi keampunan sekalipun didapati bersalah.

Sebuah rakaman video oleh pertubuhan hak asasi B’Tselem menunjukkan Elor Azaria secara sengaja dan tidak semena-mena menembak Abdul Fatah al-Sharif yang sedang terbaring cedera parah di atas jalan serta tidak membawa sebarang ancaman kepada tentera Zionis. Seorang rakan Abdul Fatah, Ramzi al-Qasrawi, meninggal dunia ditembak dalam kejaidan di al-Khalil itu.

Mahkamah sehingga kini masih tidak memutuskan tarikh untuk menjatuhkan hukuman.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts