Menteri Pendidikan Zionis seru pembunuhan kanak-kanak Gaza menggunakan jet perang

BAITULMAQDIS, 16 Julai 2018 — Menteri Pendidikan Zionis, Naftali Bennett, dalam mesyuarat kabinet semalam menyeru supaya jet-jet perang Zionis digunakan untuk membunuh kanak-kanak Palestin yang menerbangkan layang-layang di kawasan sempadan Gaza.

Ketika mesyuarat, menteri-menteri Zionis berbahas dan menolak cadangan menembak kanak-kanak Palestin secara langsung. Bennett bagaimanapun berulang-ulang kali mendesak supaya kanak-kanak Gaza disasarkan dengan menggunakan jet perang.

Dalam hujah beliau, Bennett menyebut, “Kenapa kita tidak tembak sesiapa yang melepaskan senjata [layang-layang dan belon berapi] ke arah komuniti kita? Tidak ada halangan perundangan di situ. Kenapa kita melepaskan tembakan ke kawasan bersebelahan mereka, dan tidak menembak tepat kepada mereka?”

(PIC, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts