BAITULMAQDIS, 27 Jan 2019 — Polis penjajah Zionis pagi tadi mengawal ketat Pintu al-Maghareba bagi memberi laluan kepada 39 pendatang Yahudi menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.

Menteri Kebudayaan dan Sukan Zionis, Miri Regev, turut menceroboh masuk dan berarak secara provokatif dengan diiring oleh pasukan polis bersenjata, sebelum beredar keluar melalui Pintu al-Silsila.

Regev terkenal dengan sikap kebenciannya terhadap penduduk Palestin dan usaha melobi pembinaan Kuil Yahudi di atas tapak Masjid al-Aqsa. Beliau turut meninjau-ninjau sekitar Kota Lama Baitulmaqdis bersama pasukan media. Pencerobohan tersebut dilihat sebagai sebahagian daripada kempen beliau untuk pilihanraya bukan April akan datang.

Pada masa yang sama polis Zionis menyerang dan menangkap seorang pemuda Palestin di Kota Lama Baitulmaqdis tanpa alasan yang jelas.

(PIC, Maan)

SHARE