Menteri Zionis dan pengikut ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 8 Julai 2018 — Menteri Pertanian Zionis, Uri Ariel, pagi tadi memimpin pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magharebah.

Beberapa gerombolan terpisah menyertai pencerobohan tersebut, di mana Ariel mengetuai gerombolan pertama.

Beliau merupakan menteri Zionis yang pertama berbuat demikian sejak tahun 2015 selepas pemimpin Zionis, Benjamin Netanyahu, minggu lalu memutuskan untuk menghentikan pengharaman ke atas Ahli Parlimen dan menterinya menceroboh masuk tapak suci umat Islam itu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts