Mereka tidak ada tempat berteduh

Ahmed Abdel, isteri dan 3 anaknya lari menyelamatkan diri dari rumah mereka apabila sebutir roket jatuh dan meletup di ruang tamu.
Ahmed Abdel, isteri dan 3 anaknya lari menyelamatkan diri dari rumah mereka apabila sebutir roket jatuh dan meletup di ruang tamu.

GAZA CITY, 9 Februari 2009 – Puluhan ribu warga Gaza masih lagi tidak mempunyai tempat untuk berteduh. Kediaman mereka rosak atau musnah apabila diserang hendap selamat 22 hari oleh tentera Zionis Israel yang hanya berakhir 18 Januari lalu.

Menurut kenyataan terkini PBB dalam kempen rayuan bantuan kepada mangsa keganasan Israel tersebut, 4,000 buah rumah telah musnah dan 17,000 buah lagi rosak teruk. Kira-kira 50,000 orang dapat berteduh di penempatan sementara UNRWA, sebuah agensi PBB yang menangani pelarian Palestin. Sementara puluhan ribu yang lain terpaksa bersesak menumpang di rumah saudara dan kawan.

PBB mula membuat rayuan bantuan kecemasan pada 2 Februari baru lalu. Jumlah rayuan bantuan adalah sebanyak US$613juta, di mana US$106juta daripadanya adalah untuk penempatan dan barangan bukan-makanan seperti selimut dan tilam.

Dalam perkembangan berkaitan, IRIN (agensi berita dan analisis isu kemanusiaan PBB) melaporkan beberapa contoh kerugian yang terpaksa ditanggung oleh warga Gaza. Antaranya, seorang warga bernama No’oman menceritakan bagaimana dia bersama isterinya dan 10 anak-anaknya telah diberi tempoh 10 minit oleh tentera Zionis untuk mengosongkan rumah mereka di Neusarat pada 8 Januari. Seorang sepupunya berumur 16 tahun terbunuh dalam serangan tersebut yang telah meranapkan rumah mereka.

“Keluarga kami kehilangan semuanya – perabut, dua buah kereta, lebih dari $500,000,” kata No’oman yang mendakwa rumahnya menjadi sasaran kerana abangnya bekerja dengan kumpulan Jihad Islam. Hamas menghulur sebanyak $2000 sebagai bantuan kecemasan kepada keluarganya.

No’oman dan keluarga kini terpaksa berteduh di sebuah bangunan yang masih belum siap berdekatan dengan rumah mereka. Bangunan yang hanya mempunyai struktur tetulang tesebut tidak ada bekalan air dan alat pemanas.

Tilam, selimut dan alas plastik sukar untuk diperolehi dan harganya kini meningkat. Menurut penduduk, harga tikar nipis kini mencecah 200 shekels (kira-kira $200) dan khemah tidak lagi ada di pasaran.

No’oman adalah seorang ahli perniagaan, tetapi rumah untuk disewa sukar diperolehi kerana permintaan yang tinggi. Tambahan pula pemilik-pemilik rumah begitu bimbang terhadap penyewa, dan rumah tidak dapat diperbaiki kerana ketiadaan bahan binaan seperti simen dan cermin.

Keluarga meninggalkan rumah mereka selepas Israel menyerang di Rafah. Kira-kira buah 4000 rumah musnah dan 17,000 lagi rosak teruk.
Keluarga meninggalkan rumah mereka selepas Israel menyerang di Rafah. Kira-kira buah 4000 rumah musnah dan 17,000 lagi rosak teruk.

“Hamas memberi bantuan kecemasan kepada mereka yang kehilangan rumah – antara $500 hingga $2000 untuk setiap keluarga,” kata Ghazi Hamad, Ketua Sempadan dan Lintasan Hamas, kepada IRIN. “Dan juga bantuan lain termasuk makanan seperti gula dan minyak, dan selimut.”

“Hamas adalah kerajaan, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan kehidupan yang baik kepada kami,” kata ibu kepada No’oman, Farhana.

Agensi-agensi PBB seperti UNRWA dan UNICEF (Tabung Kanak-kanak PBB) dan pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan antarabangsa dikatakan sedang mendapatkan bahan binaan dan barangan bantuan kecemasan dari pasaran tempatan, tetapi mereka gagal.

“Kami telah membenarkan bekalan kemanusiaan memasuki Gaza. Persoalannya adalah berkenaan barangan yang mungkin mempunyai dua kegunaan, seperti baja yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan letupan,” kata penolong jurucakap Kementerian Luar Israel, Andy David, kepada IRIN.

Ahmed Abdel di dalam runtuhan rumahnya
Ahmed Abdel di dalam runtuhan rumahnya

Seorang lagi warga Gaza, Ahmed Abdel, 31 tahun, adalah seorang pemandu teksi. Ahmed bersama isteri dan tiga orang anak-anaknya lari menyelamatkan diri di daerah A-Tufa apabila sebuah roket jatuh meletup diruang tamu mereka pada 13 Januari.

Beberapa minit kemudian 3 butir peluru ditembak dari sebuah pesawat F-16, terus meranapkan rumah mereka. Lima daripada 48 orang penghuni rumah tersebut, di mana 30 daripada mereka adalah kanak-kanak, tercedera. Mereka yang tercedera termasuklah bapa kepada Ahmed yang berusia 58 tahun.

Keluarga Ahmed kehilangan kira-kira $250,000 termasuk rumah dan barangan mereka. Hamas telah menyumbang sebanyak $3,200 sebagai bantuan.

“Saya dapat mencari sebuah apartmen untuk keluarga saya pada kadar $180 sebulan. Ini mahal,” kata Ahmed yang kini terpaksa tidur di dalam kereta. “Saya tidak dapat tilam, saya cuba mendapatkan selimut, tapi apa yang saya dapat hanyalah kaca dan tong gas untuk memasak.”

Sementara itu jurucakap UNRWA, Chris Gunness, berkata tidak ada lagi penginap di sekolah mahupun kemudahan milik UNRWA. 8,000 orang telah dipindahkan ke apartmen di mana sewa bulanan dibantu oleh UNRWA. Beliau juga mengesahkan ratusan buah khemah telah disalurkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts