Mesir buka pintu lintasan Rafah untuk hari keempat

GAZA, 3 Julai 2016 (PIC) — Pihak berkuasa Mesir membuka kedua-dua laluan keluar dan masuk pintu lintasan di sempadan Rafah hari ini.

Semalam, hanya tujuh buah bas yang membawa keluar 560 penduduk Gaza dibenarkan melintas meninggalkan Gaza. Bagaimanapun seramai 32 dinafikan kebenaran memasuki wilayah Mesir.

Manakala seramai 317 penduduk Palestin yang terkadas di Mesir dibenarkan memasuki wilayah Gaza.

Mesir membuka pintu sempadan sejak hari Rabu lalu, kecuali pada hari Jumaat, setelah menutupnya secara berterusan sejak 23 selama 23 hari.

Lebih 28,000 penduduk Gaza perlu keluar dari wilayah yang terkepung itu untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan juga melanjutkan pelajaran di luar negara.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts