Mesir Halang Bantuan Perubatan Dari Eropah

rafahGAZA, 12 Julai 2014 (AlRay) — Pihak berkuasa Mesir enggan membenarkan pasukan perubatan dari Eropah memasuki Gaza melalui pintu lintasan Rafah.

Menurut koordinator jawatankuasa doktor-doktor Palestin di Eropah, Abedeen Fayez, pasukan mereka terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang anesthesiologi, pembedahan dan perubatan bencana yang bersedia memberi bantuan kepada mangsa-mangsa serangan di Gaza.

Sehubungan dengan ini, Aberdeen menuduh pihak berkuasa Mesir dengan sengaja bertindak mengetatkan lagi sekatan ke atas penduduk Gaza kerana menghalang pasukan perubatan daripada memberi bantuan rawatan yang sangat diperlukan oleh mangsa serangan. Beliau mendesak Mesir membenarkan pasukan-pasukan perubatan dan bantuan kemanusiaan yang banyak menunggu untuk masuk ke Gaza.

Mesir membuka pintu Rafah pada hari Khamis lalu dalam tempoh yang terhad bagi membenarkan rakyatnya dan beberapa pesakit keluar dari Gaza. Bagaimanapun pintu tersebut tidak lagi dibuka selepas itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts