Mesir Komited Membuka Pintu Persempadannya Untuk Bantu Gaza

10 Jun – Dr Mofeed Shihab, Menteri Perundangan dan Dewan Perwakilan Negeri Mesir menyatakan bahawa Terminal Sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir akan tetap dibuka untuk membolehkan pemindahan bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza.

Shihab menyatakan bahawa ini adalah arahan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, dan menambah bahawa Mesir tidak akan meninggalkan rakyat Palestin sehingga Palestin mencapai status sebuah negara merdeka. Beliau juga mengatakan bahawa warga Palestin di Gaza dibenarkan menggunakan terminal tersebut bagi tujuan keluar masuk ke Mesir.

Dr. Mofeed Shibab turut mengatakan bahawa sikap Mesir mengenai serangan Israel terhadap armada Kebebasan adalah jelas, dan bahawa kerajaan mengecam serangan dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak serantau dan antarabangsa untuk mendedahkan pelanggaran Israel.

Shihab lanjut menyatakan bahawa beliau mengesali kegagalan Majlis Keselamatan dalam mencela pencerobohan Israel kerana tekanan Amerika.

Beliau menuntut siasatan antarabangsa dilakukan secara terperinci dalam serangan Israel danĀ  memastikan kesemua pegawai Israel yang terlibat di heret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Shihab menambah bahawa apa yang Israel lakukan adalah sebuah kejahatan antarabangsa dan wajar dihukum oleh undang-undang Antarabangsa, undang-undang kemanusiaan dan Konvensyen Geneva Keempat. (imo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts