Mesir Masih Tidak Buka Pintu Rafah

rafahGAZA, 9 Julai 2014 (Alresalah) — Kementerian Dalam Negeri Gaza melaporkan bahawa kerajaan Mesir masih menutup pintu lintasan di sempadan Rafah dan tidak ada pesakit-pesakit Gaza dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan di Mesir.

Jurucakap kementerian, Madi Abu Kamel, menjelaskan pihak Mesir masih belum menjawab permohonan Gaza supaya pintu Rafah dibuka bagi membolehkan mangsa-mangsa serangan Zionis yang kritikal mendapat rawatan di luar Gaza.

Sungguhpun jumlah kecederaan kini meningkat kepada lebih 700 orang dan hospital Gaza mengalami masalah kekurangan bekalan ubat, Mesir masih tetap menutup ketat pintu sempadan. Penduduk Gaza juga amat memerlukan bantuan kemanusiaan dibawa masuk bagi menampung kekurangan makanan, ubat-ubatan serta keperluan asas lain.

Dalam serangan pada tahun 2012, hospital Gaza dibenrakan memindah pesakit kritikal ke luar Gaza bagi mendapatkan rawatan rapi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts