KAHERAH, 2 Jan 2017 (PIC) — Tentera Mesir hari ini mengumumkan bahawa sebanyak 12 terowong baharu dimusnahkan di sempadan Gaza sepanjang wilayah Sinai Utara dari 18 hingga 28 Disember baru lalu.
Pertengahan September lalu, tentera Mesir mengepam masuk air laut ke kawasan sempadan bagi tujuan memusnahkan terowong.
Penduduk Gaza terpaksa menggunakan terowong bawah tanah untuk membawa masuk keperluan asas apabila dikenakan sekatan oleh rejim Zionis sejak tahun 2006.