Mesir musnahkan 3 lagi terowong di sempadan Gaza

SINAI, 19 Jan 2017 (MEMO) — Tentera Mesir memusnahkan tiga terowong bawah tanah di kawasan sempadan Gaza dan Gurun Sinai, atas alasan ianya digunakan untuk menyeludup dadah dan melakukan kegiatan jenayah.

Kenyataan tentera Mesir menyebut beberapa orang penyeludup turut ditangkap.

Kerajaan Mesir melancar kempan memusnahkan terowong bawah tanah di sempadan Gaza sejak 2013, apabila Jeneral Abdel Fattah As-Sisi merampas kuasa pemerintahan sah Mesir.

Penduduk Gaza terpaksa menggunakan terowong untuk membawa masuk keperluan asas apabila dikepung oleh rejim Zionis sejak tahun 2006.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts