Mesir tutup pintu Rafah, akan dibuka semula esok

RAFAH, 3 Jun 2016 (Maan) — Pihak berkuasa Mesir menutup pintu lintasan sempadan di Rafah setelah membukanya selama dua hari berturut-turut, dan akan membukanya semula menjelang Ramadan pada hari Sabtu dan Ahad.

Sejumlah 1,635 penduduk Palestin berjaya melintasi sempadan pada hari Rabu dan Khamis. Pada hari Rabu, 397 orang keluar dari Gaza dan 102 orang yang terkandas di Mesir memasuki wilayah yang dikepung itu. Manakala pada hari Khamis, 938 dibenarkan keluar dan 198 yang lain memasuki Gaza.

Mesir juga membenarkan masuk 51 muatan lori yang membawa bahan bantuan termasuk simen, kayu dan cat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts