Mesir Tutup Pintu Rafah Selepas Dibuka Dua Hari

RAFAH, 11 Mac 2015 (Ma’an) — Pihak berkuasa Mesir menutup semula pintu lintasan sempadan di Rafah setelah membukanya pada hari Isnin dan Selasa. Pembukaan selama dua hari tersebut adalah khusus untuk kes-kes kemanusiaan.

Kementerian Dalam Negeri di Gaza dalam kenyataannya menyebut seramai 1,010 orang dibenarkan memasuki wilayah Mesir, manakala seramai 1,433 orang lagi berjaya masuk ke Gaza, selama tempoh dua hari itu. Mereka yang diberi keutamaan untuk memasuki wilayah Mesir adalah pesakit yang memerlukan rawatan luar, pemegang visa negara luar dan juga pemegang pasport Mesir dan negara luar yang lain.

Seramai 63 dinafikan memasuki Mesir atas alasan yang tidak dinyatakan. Ribuan lagi masih dalam senarai menunggu, dengan harapan Mesir akan membuka pintu lintasan itu lagi di masa akan datang.

Pintu Rafah dibuka setelah ditutup selama dua bulan.

Pintu lintasan sempadan ini merupakan laluan utama kepada 1.8 juta penduduk Gaza ke dunia luar, sejak rejim Zionis dan sekutunya mengenakan sekatan haram ke atas Gaza sejak tahun 2007.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts