Mesir tutup semula pintu lintasan sempadan Rafah

GAZA, 24 Jan 2019 — Pihak berkuasa Mesir hari ini menutup semula pintu lintasan sempadan di Rafah, kononnya sebagai langkah keselamatan sempena sambutan ulangtahun rampasan kuasa menjatuhkan Presiden Mohamed Morsi pada bulan Januari 2011.

Pintu lintasan ditutup kedua-dua arah dan hanya akan dibuka semula untuk satu arah pada hari Ahad, 27 Januari.

Pintu Rafah merupakan satu-satunya jalan keluar-masuk penduduk Gaza, selain daripada pintu Beit Hanoun yang dikawal oleh rejim Zionis.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts