Minggu ke 2: Lebih dari 773 Terkorban dan 3250 cedera

berita-minggu2Gaza: Korban serangan tentera Israel yang dilancarkan melalui darat, udara dan laut terus bertambah. Memasuki minggu ke dua gempuran ke Gaza sudah lebih dari 773 terkorban dan 3250 lainya cedera.
Sementara itu, menurut Direktor Darurat Palestin, Dr. Muawiyah Husnain menyebutkan, jumlah syuhada terus meningkat yang kebanyakannya adalah anak-anak dan wanita. Husnain menambahkan, pihaknya masih mencari jenazah korban yang tertimbun dalam runtuhan bangunan akibat gempuran roket Israel, terutama di wilayah Athatharoh dan Hijer Dik, utara Gaza. Para petugas medik tidak boleh menghampiri lokasi kerana mendapat ancaman dari tentera Zionis yang akan menggempur mereka jika masuk lokasi serangan.

Tentera Israel telah memusatkan serangannya ke rumah-rumah warga awam dan sekolah milik PBB. Akibatnya ratusan anak sekolah yang berlindung di sana terkorban. Sebanyak 135 anak bergelimpangan di antara puing dan runtuhan bangunan. Mereka juga menggempur masjid-masjid yang berada di Gaza. Sebanyak 15 masjid hancur luluh terkena serangan roket Israel.

(Sumber: Infopalestina)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts