Mogok Lapar Masuk Bulan Kelima

ayman-2RAMALLAH, 29 Jun 2014 — Tahanan Palestin Ayman Itbeish, 34 tahun, meneruskan mogok lapar dalam tanahan Zionis untuk bulan kelima, semalam. Aksi nekad itu adalah sebagai membantah tahanan tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan oleh rejim Zionis ke atas beliau dan rakan-rakan tahanan Palestin yang lain.

Pusat Tahanan Palestin dalam kenyataannya memberi amaran bahawa keadaan kesihatan Ayman semakin merosot dengan serangan tekanan darah rendah dan masalah buah pinggang, bahkan tidak berdaya untuk berdiri. Pengarah pusat tersebut, Rafat Hamdunah, berkata Ayman telah diberi tawaran pembebasan bulan Januari 2015 dengan syarat beliau menghentikan tindakan mogok lapar itu. Namun beliau menolak tawaran tersebut.

Ayman memulakan mogok pada 18 Februari lalu. Apabila keadaan kesihatannya merosot, beliau dipindahkan ke sebuah hospital Zionis. Ayman telah beberapa kali ditahan oleh tentera Zionis sebelum ini dan pernah melancarkan mogok lapar sebanyak tiga kali ketika dalam tahanan.

Tahun lalu, beliau mogok selama 105 hari. Mogok tersebut terhenti pada bulan September 2013 apabila pihak berkuasa Zionis bersetuju untuk menamatkan tahanan pentadbiran tanpa pengadilan ke atas beliau. Namun beliau ditangkap semula tidak lama selepas dibebaskan dari tahanan.

Sekitar 125 tahanan Palestin menjalankan mogok lapar selama lebih 60 hari sebagai membantah tahanan tanpa sebaranga pengadilan ke atas mereka. Sebahagian besar daripada mereka menghentikan mogok pada hari Selasa lalu apabila satu persetujuan telah dicapai dengan pihak berkuasa Zionis.

Sekitar 5,700 rakyat Palestin masih ditahan di penjara-penjara Zionis, di mana hampr 300 daripadanya adalah dalam tahanan pentadbiran. Melalui tahanan pentadbiran, Zionis boleh menahan mana-mana penduduk Palestin tanpa sebarang sebab untuk tempoh yang tidak ditetapkan. Mereka juga dinafikan pengadilan mahupun sebarang pendakwaan.

———-

Sumber : Ma’an.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts