Musim Menuai Kaktus Di Palestin, Simbol Kesabaran Dan Ketabahan

RAMALLAH, 20 Sep 2015 (Anadollu) — Di Padras, iaitu sebuah bandar di timur Ramallah, setiap rumah ditanam dengan pokok kaktus. Buah tuaian musim panas itu merupakan simbol ketabahan dan kesabaran buat Palestin.

Zainab Awad, 37 tahun, tinggal di Padras yang terkenal dengan keluaran kaktusnya. Beliau yang bekerja sebagai seorang guru di sebuah taman asuhan swasta menjadikan hasil tuaian ini sebagai sumber pendapatan tambahan untuk keluarganya.

Beliau bangun di awal pagi setiap hari untuk menuai buah kaktus. “Pada musim panas, saya menuai dan menjual buah kaktus,” kata beliau kepada wartawan Anadollu Agency. “Ia menjadi pendapatan utama keluarga kami kerana saya tidak mendapat sebarang gaji sepanjang cuti musim panas.”

“Buah kaktus sangat enak dan digemari oleh penduduk Palestin di musim panas, terutama sekali kepada mereka yang miskin kerana harganya murah jika dibanding dengan buah-buahan lain,” tambah Zainab. Harga sekilogram adalah sekitar tiga Shekels, atau UD$0.80.

Padras adalah pengeluar terbesar buah kaktus di Palestin, di mana sekitar lima tan dihasilkan dalam satu-satu musim dari pertengahan Julai dan berterusan sehingga tiga bulan. Dengan jumlah penduduk tidak melebihi 2,200 orang, daerah ini juga terkenal sebagai pengeluar minyak zaitun dan buah fig.

Sedih sekali, 80% daripada wilayah Padras telah dirampas oleh rejim Zionis dengan terbinanya tembok pemisah.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts