Muslim Dilarang Masuk Masjid Ibrahimi

ibrahimiAL-KHALIL, 21 Sept 2014 (Ma’an) — Para jemaah di al-Khalil dilarang daripada memasuki Masjid Ibrahimi pada hari Khamis dan Ahad. Menurut kenyataan pegawai masjid, Hijazi Abu Sneina, masjid tersebut akan dibuka kepada pendatang Yahudi sepanjnag dua hari Rosh Hashanah, atau tahun baru Yahudi.

Masjid Ibrahim yang dipercayai menjadi tempat persemadian Nabi Ibrahim AS, terletak di tengah kota al-Khalil. Kota ini dikawal oleh 500 askar pendatang, menyebabkan sering berlaku ketegangan.

Satu perjanjian yang dimeterai pada tahun 1997 telah memisahkan al-Khalil kepada dua kawasan yang masing-masing dikawal oleh pihak Palestin dan Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts