Muslimat Dihalang Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 16 Nov 2014 (IMEMC) — Tentera Zionis mengepung dan menutup semula Masjid al-Aqsa selepas “meringankan sekatan” ke atas penduduk Palestin pada hari Jumaat lalu.

Sekumpulan pendatang Yahudi juga dibenarkan menceroboh masuk pada hari Sabtu. Manakala pagi ini beberapa kumpulan pendatang Yahudi menceroboh masuk secara bergiglir-gilir dengan dipimpin oleh rabbi fanatik dan dikawal ketat oleh polis Zionis.

Berikutan dengan penutupan itu, Muslimat dihalau dari kawasan sekatan tentera di jalan-jalan masuk ke masjid kerana mereka enggan menyerahkan kad pengenalan kepada tentera yang berkawal. Berdasarkan kepada pengalaman para Muslimat sebelum ini, tentera Zionis enggan menyerahkan semula kad pengenalaman mereka sehingga terpaksa menunggu beberapa hari atau minggu untuk mendapatkannya kembali.

Oleh kerana setiap penduduk Palestin diwajibkan membawa kad pengenalan mereka pada setiap masa, tindakan pihak tentera memegang kad pengenalan ini akan menyebabkan mereka tidak dapat bergerak, walaupun hanya untuk pergi ke kampung-kampung berdekatan. Bahkan mereka akan berhadapan dengan masalah untuk pergi ke pengekalan tentera yang menyimpan kad mereka, kerana mereka terpaksa melalui sekatan-sekatan tentera di sepanjang jalan.

Tambahan pula, pihak berkuasa Zionis sering menjalankan interogasi secara kasar kepada Muslimat yang ingin mendapatkan semula kad pengenalan mereka.

Ketika berlakunya Intifadah Pertama, penduduk Palestin di bandar Beit Sahour melancarkan kempen membuang kad pengenalan mereka yang dikeluarkan oleh rejim Zionis dan menganggap kad tersebut sebagai suatu yang tidak sah. Rejim Zionis bertindak balas dengan menutup bandar tersebut selama 40 hari, di mana semua aktiviti perniagaan terhenti dan semua penduduk tidak dapat keluar dari rumah mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts