Mustafa dibunuh ketika membawa pulang makanan dan pakaian bayi

AL-QUDS, 5 Sept 2016 (Maan) — Pemuda Palestin Mustafa Nimir yang ditembak mati oleh tentera Zionis di kem pelarian Shu’fat pada jam 4:00 pagi tadi tidak terlibat dengan pertempuran menentang tentera Zionis, tetapi sedang dalam perjalanan membawa pulang makanan dan pakaian bayi untuk anak saudaranya.

Menurut kenyataan ibunya, Mustafa, 27, sedang memandu kereta bersama adik iparnya Ali Tayser Nimir, 25, ketika tentera Zionis menembak mereka. Ali dilaporkan cedera parah dan dibawa oleh tentera Zionis ke Hospital Hadassah di al-Quds.

Tuduhan tentera Zionis kononnya Mustafa cuba melanggar pasukan tentera, sebagai sebahagian daripada stategi pemuda Palestin mengadakan protes di kem tersebut, hanyalah justifikasi bagi mengelabui tindakan mereka membunuh penduduk Palestin secara sengaja tanpa sebarang alasan.

Sejak tercetusnya Infitafah al-Quds, seramai 221 penduduk Palestin telah dibunuh.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts