Naib Presiden IHH Turki Kunjungi Pejabat Biro HALUAN Palestin

SUBANG PERDANA, 9 Mei: Naib Pengerusi  Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) Turki, Hussain Oruz telah berkunjung ke Pejabat Operasi Biro HALUAN Palestin bersama-sama dengan Syeikh Ziyad al Qishawi, Koordinator Bantuan Antarabangsa Ikatan Ulama Palestin.  Kehadiran kedua-dua tokoh ini telah disambut oleh Dr. Abdullah Sudin bin Abd. Rahman, Presiden HALUAN Malaysia dan Tn. Hj. Noorazman Mohd. Samsuddin, Pengerusi Biro HALUAN Palestin merangkap Pengarah Lifeline4Gaza (Malaysia).

Kedua-dua tetamu ini meluangkan masa hampir dua jam berdialog dan berkongsi pengalaman dan nasihat bersama-sama dengan Exco HALUAN Pusat dan pimpinan HALUAN Selangor berkaitan projek membantu rakyat Palestin khususnya projek Konvoi Lifeline4Gaza yang direncanakan untuk bertolak pada 20 Mei 2010.  Menurut Hussin Oruz, IHH telah bermula sejak tahun 1992 lagi.  Skop bantuan mereka antara lainnya termasuklah bantuan kepada mangsa perang, bantuan kemanusiaan bencana, dan bantuan kepada fakir miskin.  IHH beroperasi hampir di seluruh dunia seperti di Aceh, Mindanao, Selatan Thai, Afrika, Haiti dan pelbagai negara lain bagi melaksanakan misi murni ini.

Lawatan Saudara Husin Oruz ke Malaysia ialah dalam rangka memberi penerangan lebih lanjut konvoi LifeLine4Gaza selain mengadakan kunjungan hormat tokoh-tokoh politik negara, pimpinan NGO bagi mendapat sokongan dan bantuan rakyat Malaysia terhadap gerak kerja yang dilakukan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts