Nasrallah Ucap tahniah kepada Mishaal atas kemenangan Hamas.

Hassan Nasrallah, ketua setiausaha bagi parti Labenon, Hizbullah telah
mengucap tahniah kepada Khaled Mishaal, pemimpin Gerakan Hamas di atas
keberanian penduduk Palestin dalam menghadapi pencerobohan Israel di
Semenanjung Gaza.

Nasrallah dalam satu perbualan telefon menyatakan kekagumannya di atas ketabahan penduduk Palestin dalam memperjuangkan maruah mereka dan menunjukkan bahawa tentera Israel telah berjaya ditewaskan buat kali kedua dalam tempoh dua tahun setengah di mana yang pertama adalah pada Julai 2006 di Lebanon.

Ketua setiausaha itu mengumumkan rasa penghargaannya kepada “legenda-legenda berani” dengan mempamerkan kesemua pahlawan-pahlawan Palestin yang telah berkorban menyelamatkan tanah air mereka, yang diketuai oleh Qassam Brigades, sayap bersenjata Hamas. – Palestin

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts