Naturei Karta melawat Ismail Haneyya di Gaza

Empat orang pengikut aliran ultra-Ortodoks yang tidak mengiktiraf negara Israel telah bersama-sama menyertai aktivis antarabangsa ke Gaza dengan menaiki bot “Lifeline 2.” Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, menyambut mereka dengan menyatakan bahawa Yahudi dan Arab bukanlah musuh antara satu masa lain. Kapal laut yang seterusnya dijadualkan berlabuh di Gaza bersama-sama Presiden Venezuela, Hugo Chavez.

“Masalahnya adalah kependudukan yang berakar umbi daripada ideologi Zionis dan hasrat mereka untuk menghalau semua rakyat Palestin,” kata Ismail Haneyya. Beliau memuji keempat-empat orang tetamunya itu, “Tokoh-tokoh agama yang menyatakan tentangan mereka terhadap kepungan, serangan dan pencerobohan dan jenayah – kami menghormati mereka di atas pegangan dan budaya mereka.”

“Ketibaan kapal ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Amerika tidak semuanya menyokong penaklukan, dan tidak semuanya menyebelahi jenayah rejim Zionis. Kami melihat tuan-tuan sebagai hero, kerana tuan-tuan membuka mata dunia supaya melihat sekatan dan kekejaman ke atas Gaza,” sambung beliau lagi.

Pegawai-pegawai di Gaza kini menunggu kapal ketiga yang dijangka membawa Presiden Venezuela, Hugo Chavez. (Sumber: Ynetnews)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts