GAZA, 11 Mac 2019 — Nelayan remaja Palestin cedera ditembak oleh tentera laut Zionis di perairan Beit Lahiya, utara Gaza, tengahari tadi.

Khalil Miqdad, 15, yang berasal dari kem pelarian Shati, cedera ditembak dengan peluru getah dari sebuah bot tentera laut Zionis ketika belayar dalam zon yang dibenarkan menangkap ikan.

Terdahulu di awal pagi, tentera laut Zionis menculik dua nelayan serta merampas bot mereka di perairan yang sama.

Sejak tiga hari lalu, lima serangan tentera laut Zionis ke atas nelayan Gaza telah dilaporkan. Seramai tujuh nelayan ditangkap, dua buah bot dirampas dan tiga bot lain rosak dalam serangan-serangan tersebut.

(PIC)

SHARE