Netanyahu akan benarkan semula ahli politik Zionis ceroboh al-Aqsa

AL-QUDS, 2 Apr 2017 (AIC) — Pada 27 Mac lalu pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu telah mendedahkan rancangan untuk membatalkan larangan selama 18 bulan ke atas menteri dan ahli parlimen Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa.

Sejak dijajah pada tahun 1967, persefahaman di antara Raja Jordan dan rejim Zionis menetapkan bahawa ritual Yahudi hanya boleh dilakukan di plaza Tembok Burak sementara orang Islam beribadah di masjid suci itu. Status quo ini membenarkan orang bukan Islam melawat al-Aqsa hanya untuk aktiviti bersiar-siar.

Bagaimanapun ahli politik Zionis dan pendatang Yahudi cuba untuk mengubah status quo tersebut dan memaksa supaya kaum Yahudi dibenarkan melakukan ritual di Masjdi al-Aqsa. Mereka berusaha untuk membahagikan Masjid al-Aqsa di antara orang Islam dan kaum Yahudi mengikut masa atau kawasan tertentu, sepertimana yang mereka telah lakukan ke atas Masjid Ibrahimi di al-Khalil.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts